Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya". Secara mudah kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalarn masyarakat sekeliling.Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
Walaupun barangan atau perkhidmatan itu kita keluarkan sendiri atau kita bayar untuk menikmatinya tidak dinafikan bahawa kita adalah pengguna. Sebagai pengguna yang terpaksa membayar dengan jumlah wang atau tenaga usaha dengan kadar tertentu kita memang mengharapkan bahawa faedah yang kita perolehi dari transaksi berkenaan adalah faedah yang paling maksimum. Kita juga merasa bahawa kita perlu dilayan seperti raja dari segi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita kerana kitalah yang berhak menentukan sama ada kita akan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan dari siapa kita akan mendapatkannya.
Sebagai pengguna kita memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara kerana tujuan pengeluaran barangan atau perkhidmatan hanyalah satu iaitu pengguna. Pengeluar atau penjual memerlukan maklumat-maklumat tentang apakah dorongan-dorongan yang membuat pengguna memilih dan membeli barangan atau perkhidmatan tertentu. Pengguna yang dimaksudkan di sini adalah pengguna akhir atau "ultimate consumer" kerana di pasaran terdapatjuga pembeli yang membeli barangan secara borong/pukal dengan tujuan untuk menjual barangan itu semula atau pembeli bahan mentah yang memerlukan pernerosesan sebelum dijual kepada pengguna akhir.
Tuesday, April 20, 2010
SIAPA ITU PENGGUNA
Posted by naga at 12:31 AM 0 comments
Kesedaran Pengguna
Posted by naga at 12:09 AM 0 comments
Monday, April 19, 2010
LAGU SEKOLAH
Posted by naga at 11:38 PM 0 comments
Thursday, April 15, 2010
SMK BANDAR BARU PERDA
PENGENALAN
SMKBBP terletak kira-kira 2 km ke arah barat Bandar Bukit Mertajam dan 10 km ke timur bandar Butterworth, berada di dalam bandar PERDA di antara Pangsapuri Permata dan Kondominium Mutiara serta di belakang Politeknik Seberang Perai. Sebelum tahun 2002 , ibubapa yang menetap di Taman Hj Mohd Amin, Ptg Sg Nibong, Ptg Batu dan Kebun Sireh telah menghantar anak-anak mereka ke SMK Sama Gagah dan SMK Ptg Rawa, jarak yang agak jauh dari rumah, bagi mengatasi masalah ini kerajaan telah membina sebuah sekolah menengah di Bandar PERDA.SMK Bandar Baru PERDA mula beroperasi pada tahun 2002 dengan bilangan pelajar seramai 127 orang ( tingkatan 1 ). Bilangan guru 11 orang dan 2 orang staf sokongan. Didirikan di atas tanah seluas 3.02 ekar, terdiri 4 buah bangunan 4 tingkat, lengkap dengan 6 buah makmal sains, sebuah makmal komputer serta bengkel KH. Pada tahun 2003, seramai 87 orang pelajar tingkatan 4 mula ditempatkan. Calon PMR dan SPM kali pertama pada tahun 2004..
FALSAFAH SEKOLAH
Mendapat pendidikan ialah hak seorang pelajar. Mereka boleh dididik dan diajar serta boleh mencapai kejayaan. Sekolah bertanggungjawab untuk mendidik, mengajar, mengasuh dan memupuk mereka untuk menjadi insan yang seimbang dan harmoni ( intelek, rohani, emosi dan jasmani). Matlamat ini dicapai melalui penyuburan potensi pelajar daripada pengembelengan tenaga para guru secara bersepadu dan memahami bahawa mendidik, mengajar dan belajar adalah satu ibadah.
.
VISI SEKOLAH
Melonjakkan kecemerlangan SMKBBP sebagai sekolah perdana antara sekolah harian biasa di daerah Seberang Perai Tengah.
.
MISI SEKOLAH
~ Melahirkan modal insan yang berketrampilan dan bersahsiah mulia .
~ Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif.
~ Mewujudkan hubungan yang kolaboratif dengan pelanggan sekolah.
~ Mengamalkan pentadbiran dan pengurusan pendidikan berkualiti, telus dan berintegriti.
Posted by naga at 4:42 PM 0 comments
Wednesday, April 14, 2010
Tanggungjawab Pengguna
Pengguna-pengguna juga mempunyai tanggungjawab tertentu, iaitu:
Kesedaran untuk mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
Penglibatan dan tindakan
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.
Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.
Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.
Posted by naga at 1:20 AM 0 comments
Hak-hak Pengguna
Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Hak untuk mendapatkan keselamatan
Hak untuk mendapatkan maklumat
Hak untuk membuat pilihan
Hak untuk bersuara
Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Posted by naga at 12:01 AM 0 comments
Tuesday, April 13, 2010
hak dan tanggungjawab pengguna
1.1 Hak-hak dan perlindungan pengguna perlulah dilihat secara menyeluruh iaitu yang meliputi dasar yang menjadi amalan pernerintah berhubung dengan kepenggunaan. Undang-undang yang digubal dengan tujuan melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna, pendidikan dan kesedaran kepenggunaan di kalangan pengguna serta penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan hak-hak dan kepentingan pengguna.Tanpa adanya keempat-empat unsur utama tersebut maka matlamat melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna sukar dicapai. Hubungan antara tiap-tiap unsur berkenaan kepada pengguna dapat dilihat dengan mudah dalarn model perlindungan pengguna seperti berikut:
Pengguna
1.2 Dengan lain perkataan walaupun pengguna mempunyai hak-hak tertentu, namun hak-hak berkenaan bukanlah diperolehi secara otomatis. Ramai pengguna yang kurang tahu atau kurang mengambil tahu akan hak-hak mereka. Pengguna harus diberi kesedaran bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu dan seterusnya berusaha bagi mendapatkan hak-hak mereka. Pada kebiasaannya pengguna itu tidak akan mendapat haknya melainkan :-
(a) Mengetahui apakah hak-haknya;
(b) Menuntut hak-hak tersebut daripada pihak yang wajar memberikannya;
(C) Memainkan tanggungjawab dan peranan mereka dan berusaha mendapatkan hak-hak itu.
1.3 Maka amalan seorang pengguna yang baik dan bijak ialah membuat imbangan antara tanggungjawabnya sebagai pengguna dan dalarn masa yang sama menuntut apa yang sepatutnya mereka berhak mendapatkannya.
Posted by naga at 11:55 PM 0 comments
Hak membuat pilihan
Pengguna hendaklah diberi maklumat secara langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberi penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membentuk keputusan serta mendapat jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan. Ianya merujuk kepada suatu jaminan agar jumlah barangan dan perkhidmatan di pasaran mencukupi dengan harga yang berpatutan.
Hak untuk mendapatkan maklumat
Hak untuk mendapat maklumat yang jelas dan lengkap tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Hak untuk pampasan
Hak untuk mendapat pampasan yang berpatutan jika sesuatu barangan atau perkhidmatan tidak memberi kepuasan yang sepatutnya daripada maklumat yang diberi.
Hak untuk barangan dan perkhidmatan yang selamat
Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang tidak membahayakan keselamatan dan kesihatan pengguna.
Hak untuk bersuara(pandangan)
Hak untuk memberi pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu-isu yang berkaitan dengan minat pengguna.
Hak untuk pendidikan kepenggunaan
Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan yang membolehkan seseorang untuk menjadi pengguna yang bijak.
Hak untuk hidup dalam persekitaran yang kondusif kepada kesihatan yang baik
Hak untuk hidup dalam persekitaran yang bersih yang membolehkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna dilindungi.
Posted by naga at 11:43 PM 0 comments
Posted by naga at 11:37 PM 0 comments
I LOVE BLOG
Make your own Glitter Graphics